Saturday, November 1, 2008

Sekapur sirih

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua pengunjung-pengunjung yang mengunjungi blog baru ini. Ianya khas untuk projek baru kami iaitu penternakan cacing (vermikultur) dan penghasilan kompos (vermikultur).

Blog ini dibuat untuk mengisahkan projek baru cacing kompos kami yang baru bermula..Mudah kata, ianya mengisahkan satu lagi usaha serius kami menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian khususnya cacing kompos. Selain ini kami juga menjalankan bisnis cendawan tiram kelabu yang diusahakan hampir dua tahun dan turut mempunyai blog mycendawan.blogspot.com Moga-moga usaha kami ini dipermudahkan Nya dan berjaya hendaknya. Insya Allah.

Minat untuk menceburi projek cacing kompos ini muncul setelah sekian lama mendengar sisa bongkah cendawan boleh digunakan untuk projek cacing kompos. Ini merupakan satu potensi baru kerana sebelum ini kami hanya membuang begitu saja sisa-sisa bongkah cendawan yang tidak lagi produktif atau berpenyakit.

Lanjutan dari itu salah seorang dari kami telah menghadiri kursus asas ternakan cacing kompos pada 21 Jun 2008 anjuran Persatuan Peniaga & Usahawan Melayu Malaysia (PPUMM) di Sitiawan, Perak. Tetapi oleh kerana kesibukan kerja harian dan menguruskan projek bisnis sediada cendawan tiram kelabu, hanya akhir bulan Julai 08 baru kami mulakan secara fizikal. Manakala baru-baru ini, saya dapat meluangkan masa untuk melawat projek seorang pengusaha cacing kompos di Sg Siput, Perak. Banyak yang dapat dipelajari darinya.

Projek baru ini bertempat di Kg. Banjar di Air Tawar, Perak (lebih kurang 10km ke Sitiawan dan 70km ke Ipoh) ditempat yang sama projek cendawan tiram kelabu kami. Akhirnya semalam Sabtu 01 November 2008 saya berjaya dapat sekilo cacing kompos dan terus dibawa balik ke tapak projek cacing kompos yang terletak berhampiran dengan ladang cendawan kami. Dengan ini secara rasminya bermulalah projek cacing kompos kami secara kecil-kecilan dahulu.


27 Julai 2008: Hari pertama kerja fizikal untuk projek cacing kompos..lalang liar dikumpul dan dimasukkan dalam gelung2 untuk direndam supaya proses pereputan dapat berlaku. Langkah pertama akhirnya telah pun bermula..

01 Nov 2008: Memasukkan cacing kompos ke dalam gelung berisi media pengkomposan bagi pembiakan cacing dan penghasilan kompos

Kami masih baru lagi dalam bidang ini, jadi masih banyak kekurangan yang perlu dipelajari. Oleh yang demikian sesiapa yang sudi menyumbangkan idea/nasihat yang berguna amat dihargai. Pada yang baru menceburi kita sama-sama belajar bertukar pengalaman agar manfaatnya boleh dikongsi bersama.

0 comments: