Tuesday, December 30, 2008

Lawatan ke ZAWS Agrotech

Hari ini saya dan isteri melawat ke projek cacing ZAWS Agrotech di Kampung Tehel, Jasin. Kedatangan kami disambut oleh En. Suhaimi dan beliau memberi penerangan projek cacing ZAWS Agrotech.

En Suhaimi peramah orangnya dan perbincangan dengannya memberikan kami perspektif yang baru dan positif terhadap industri ternakan cacing ini. Saya memang kagumi perusahaan cacing ZAWS Agrotech yang menghasilkan baja kompos secara besar2an dan juga dalam bentuk cecair, bukan setakat ternakan cacing kompos sahaja. ZAWS Agrotech turut mempunyai blog di http://ternakancacingmelaka.blogspot.com/


En. Suhaimi sedang memberikan penerangan tentang cacing pada isteri saya yang banyak bertanya (tiada dalam gambar)

Terima kasih pada En Suhaimi atas kesudian meluangkan masa melayan kami. Semoga perusahaannya berkembang maju.

Lawatan ini mengakhiri cuti kami bagi tahun 2008. Disamping siri lawatan sedemikian bagi projek cendawan seperti di blog kami mycendawan.blogspot.com, lawatan2 sebegini dapat merehatkan kepala dari beban kerja seharian di samping mengetahui perkembangan terbaru dalam cendawan & cacing kompos. Jalinan baru juga termeterai untuk kebaikan bersama.


Friday, December 19, 2008

Usahawan baja cacing kompos


orang kuat di belakang Program Rakan Korporat Vermi sentiasa bersedia memberikan bimbingan kepada RK.

Senario ekonomi dunia yang tidak menentu sedikit sebanyak tentu saja memberikan kesan kepada ekonomi negara dan seterusnya kepada rakyat.

Ia menimbulkan keresahan kerana peningkatan harga barang yang tidak seiring dengan pendapatan akan mengurangkan kuasa beli pengguna.

Justeru, sebagai jalan keluar ramai telah memikirkan langkah penyelesaian mengurangkan beban tersebut termasuk mencari pendapatan sampingan.

Usaha tersebut bagaimanapun sedikit terencat kerana kekangan masa menyebabkan mereka yang bekerja terutama kakitangan awam tidak dapat menjana pendapatan sampingan.

Justeru sebuah pusat pembangunan industri pertanian dan asas tani, Perintis Agrotech Centre (PAC) telah memperkenalkan Program Rakan Niaga Vermi (cacing) bagi membantu koperasi yang berminat menjana pendapatan sampingan dengan produk berasaskan pertanian.

Program yang dijalankan oleh PAC banyak dibantu dan disokong oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Pengurus Program Rakan Korporat Vermi, Norzana Rafie berkata, program berkenaan dilancarkan oleh PAC berdasarkan potensi pasaran vermi-kultur (ternakan cacing) dan vermi-kompos (baja cacing) yang sangat tinggi.

Projek mega

"Bagi projek jangka masa panjang, Perintis telah melancarkan Projek AgroHUB 2008 - 2011 yang terdiri daripada beberapa projek mega pertanian termasuklah Rakan Niaga Benih, Rakan Niaga Vermi, Rakan Niaga Serai dan Rakan Niaga Biotech.

"Projek AgroHUB meletakkan sasaran penjanaan pendapatan melalui pertanian sebagai agenda pembangunan ekonomi masyarakat," katanya semasa ditemui di kilang baja dan pusat ternakan di Kampung Nakhoda Kiri, Selayang, Selangor.

Sebagai syarikat yang telah lama berkecimpung dalam industri bioteknologi dan produk pertanian, Perintis telah mengembangkan sayap perniagaan dalam industri baja vermikompos melalui ternakan cacing - Rakan Korporat Vermi (RKV).

Projek RKV dilancarkan baru-baru ini bertujuan membuka peluang kepada koperasi, badan atau syarikat untuk membuat projek ternakan cacing secara usahasama dengan Perintis.

Projek vermi-kultur dan vermi-kompos dipilih berdasarkan permintaan baja kompos yang tinggi, cacing untuk makanan ternakan kerana penyumbang kepada protein paling tinggi dan untuk produk kesihatan dan kosmetik.

Pasaran baja kompos atau organik semakin berkembang ekoran peningkatan mendadak harga baja berasaskan kimia.

Di bawah projek RKV, Perintis anak syarikat Perintis Dagangan Sdn. Bhd. menyediakan prasarana, infrastruktur, peralatan, teknologi, khidmat penjagaan dan pemantauan pakar kepada rakan korporat yang menyertainya.

Kesemua projek akan dikumpulkan di satu pusat ternakan bagi tujuan ternakan, penghasilan baja dan penjualan cacing bagi makanan ikan.

Hak penjagaan

Melalui pendekatan ini, pihak koperasi yang mempunyai dana berpeluang menceburi ternakan cacing tanpa komitmen tinggi di mana Rakan Korporat menyerahkan hak penjagaan cacing kepada Perintis yang mempunyai tenaga kerja mahir bagi menguruskan dan menjaga.

Bagi menampung permintaan baja kompos yang tinggi, Perintis membuka 300 plot ternakan koperasi, badan atau syarikat.

Aktiviti Perniagaan Perintis adalah makanan cacing berkualiti, vermi-kompos, induk cacing, latihan dan konsultan, booster untuk lintah dan produk Bio-Ternak untuk cacing.

Program ini bukan satu skim atau pelaburan tetapi satu projek pertanian biasa menggunakan pendekatan yang lebih sistematik dan tidak membebankan rakan korporat.

Ia sangat sesuai untuk sesebuah koperasi atau syarikat untuk menyertai sektor pertanian dan menjana pendapatan ahli atau syarikat.

Dengan penyerahan hak penjagaan dan pemantauan kepada pekerja mahir, risiko dapat dikurangkan dan diuruskan sebaik mungkin.

Tambahnya lagi, ramai yang menyertai program ini berpuas hati dengan penawaran tiga kelebihan sebagai Rakan Korporat iaitu berpeluang berkongsi pasaran dan keuntungan dengan syarikat induk, dapat menjalankan perniagaan terhadap produk berasaskan cacing keluaran Syarikat Induk dan dapat menjalani latihan praktikal selama tempoh kontrak dua tahun.

Permintaan tinggi

PAC yang mempunyai kilang baja dan pusat ternakan di Kampung Nakhoda Kiri, Selayang akan membuka sebuah lagi kilang di sekitar Lembah Klang dalam masa terdekat bagi meningkat pengeluaran baja dan menampung permintaan yang tinggi.

Rakan Korporat yang membuat usahasama dengan Perintis akan ditempatkan di plot ternakan dan penghasilan baja yang ditetapkan.

Perintis akan menerima mana-mana pihak yang ingin membuat usahasama terutamanya koperasi meletakkan had maksimum bagi memberi peluang kepada lebih ramai pihak untuk terlibat.

Berdasarkan perjanjian usahasama, agihan keuntungan dibuat selepas tamat satu tempoh tuaian iaitu setiap tiga bulan setelah Perintis menjual baja dan cacing yang telah terhasil.

Baja yang berkualiti tinggi hanya akan terhasil selepas dua bulan diberikan kepada cacing ternakan.

Usahasama di antara Rakan Korporat dan Perintis akan berterusan selama tempoh dua tahun dan selepas tamat kontrak, modal belian cacing akan dikembalikan.

Perintis berharap agar Rakan Korporat dapat menjalankan ternakan sendiri selepas tamat tempoh tersebut dan telah mahir tentang teknik penjagaan dan penghasilan baja.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-6187 3796 atau layari www.agrohub.net atau di pejabat urusan di Business Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.


sumber: utusan malaysia jumaat 19 Dec 08

Sunday, November 30, 2008

Akhirnya cacing kompos bertelur

Alhamdulillah, lebih kurang sebulan kami memasukkan cacing kompos ke dalam plot ternakan, kokon cacing sudah mula kelihatan. Kokon ini adalah merupakan telur cacing kompos dan ia lebih kurang saiz kepala mancis berwarna hijau muda. Ini merupakan berita yang sangat mengembirakan bagi kami. Pagi Ahad ini, kami menghabiskan masa dengan mengutip kokon2 ini dan diletakkan dalam bekas khas. Memang banyak kokon di gelung2 ternakan cacing kompos. Itupun tak kesemua dikutip dan diasingkan..terletak dicelah2 reputan organik kadang2 menyebabkan kami tak perasan..kena belek betul2 baru nampak. Kami juga nampak anak cacing kompos halus berkemungkinan besar menetas dari kokon yang matang.


Telur kokon yang mula kelihatan dicelah2 reputan organik bersama cacing kompos..


telur kokon kami letakkan dalam bekas khas penetasan.

Friday, November 28, 2008

Melawat Perak AgroFest 2008




Petang tadi saya dan isteri berkesempatan melawat Ekspo Hari Peladang, Penternak & Nelayan 2008 Peringkat Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Agrofest di Ladang Infoternak, Sungai Siput, Perak.

Ekspo pertanian peringkat negeri Perak ini menyaksikan penyertaan yang besar dari agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. Ekspo ini boleh dianggap sebagai mini MAHA. Malangnya ketika kami melawat petang tadi, hujan telah membataskan pergerakan kami yang mana kami hanya pergi melawat ke tempat2 yang sempat dilawati sahaja.

Seperti kebiasaannya, saya suka melihat jika ada pameran berkaitan cendawan tiram kelabu. Sememangnya ianya ada dipamerkan iaitu di booth Jabatan Pertanian. Di booth ini, pameran ternakan cacing kompos dan baja kompos turut ada sekali. Ini bertepatan dengan usaha kami di dalam kedua-dua bidang ini. Perbicaraan dengan pegawai bertugas memberikan kami maklumat2 berguna terutamanya tentang cacing kompos.



Pameran cendawan tiram kelabu di booth Jabatan Pertanian


Penternakan Cacing kompos juga dipamerkan

Manakala diperingkat gerai-gerai pula, berbagai2 jenis jualan dijual..dari peringkat pertanian termasuk jentera pertanian, penternakan, produk asas tani sehinggalah ke nurseri, landscaping, pakaian, kain & tudung, gerai makanan/minuman dan sebagainya.



gerai ternakan ikan keli dalam tangki air

Walaupun dalam keadaan hujan, masih ramai pengunjung melawat di ekspo Perak Agrofest ini . Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk melawat ekspo ini sedang berjalan dan akan berakhir pada Ahad 30 November 08.

Friday, November 21, 2008

Ulat sagu dalam media vermikompos

Sememangnya media vermikompos projek kami sebahagiannya menggunakan sisa bongkah cendawan tiram kelabu yang tidak lagi produktif atau berpenyakit. Jadi dengan ini sisa buangan projek cendawan boleh dijadikan nilai tambah baru.

Baru-baru ini ketika sedang mencangkul longgokan sisa bongkah yang berbulan2 terbiar tu untuk diguna sebagai media vermikompos tetiba saya terjumpa dengan sejenis ulat putih gemuk dan besar..terkejut dibuatnya. Ini menyebabkan kami memeriksa kembali dengan terperinci supaya ulat2 ini tidak terlepas masuk dalam gelung2 berisi cacing kompos. Ini pertama kali saya melihat ulat ni. Saya diberitahu kemudiannya yang ulat ni namanya ulat sagu..baru saya teringat kalau tak silap ulat macam akan jadi makanan di Sarawak.


ini dia..ulat sagu

Memang geli juga melihatkan ulat2 ni pada mulanya. walaupun saiz bersaiz besar, ulat ni bila diletak balik dalam longgokan sisa bongkah; sama seperti cacing kompos dengan cepat saja ulat nie dah nyusup masuk dalam longgokan tu.

Sunday, November 16, 2008

Cacing hampir kelemasan

Baru-baru ini hujan lebat melanda dan telah menyebabkan gelung2 berisi cacing kompos hampir bergenang dgn air, ini berlaku akibat gara-gara terlupa nak pasang pelindung hujan. Walaupun paip dibahagian bawah gelung dibuka, hanya sedikit air keluar akibat tersumbat. Ini memaksa kami buka kepala paip disamping secara manual cebok dan buang air keluar dengan segera di waktu magrib pula tu untuk elakkan cacing lemas atau lari keluar.

air hujan bertakung

Banyak cacing dekat permukaan media kompos melarikan diri dari air bertakung tu tapi bagus juga dalam satu aspek; semut yang ada atau bersarang dalam tu harap2 mati lah.

plastik di letak di atas gelung bagi perlindungan dari hujan.

Friday, November 7, 2008

Satu Cara Untuk Kurangkan Serangga

Antara yang dilakukan sebelum media nie dimasukkan terus dalam gelung yang berisi cacing adalah dengan menjemur seketika dibawah mentari di atas plastik. Ini adalah untuk meminimakan serangga akibat bahang kepanasan. disamping itu kumbang2/hidupan lain yang tak diingini dapat diasingkan, jadi mengurangkan risiko yang memberi ancaman terhadap cacing2 tu. yang terkejutnya lipan besar pun boleh ada dicelah2 reputan organik ini..terkejut katak dibuatnya..nasib baik tak disengatnya :-)


jemuran seketika dibawah mentari



Tuesday, November 4, 2008

semut dah mula datang hurung da...

Baru beberapa hari kami letak cacing dalam gelung media semut merah dah mula datang hurung..dari atas permukaan media nampak macam tak banyak tapi bila selak2 media tu nampak banyak semut di celah2 tu dan dibawahnya..saya takut semut ni bersarang kat situ ajer..dari permukaan media nampak semut ni hurung sisa2 cendawan yang baru dipetik dan dicampak dalam gelung media ni.

nampaknya minyak yang dilumur pada atas gelung tu tak berkesan lagi..dah kering dan mudah bagi semut laluinya..jadi petang tadi nasib baik member baru servis motor dan bagi minyak hitam. jadi saya bawak balik dan sapu di tepi dinding dan atas gelung. Nampaknya kena sapu kerap mungkin setiap dua hari sekali untuk elakkan minyak nie kering. mana2 semut yang saya nampak, saya bunuh dengan manual. itu baru sikit..tak tahu lagi yang dalam media tu. Nampaknya kena bagitau partner yang attend kursus nie pasal semut nie..mungkin dia tahu apa nak dibuat.

beberapa ekor labah pun dah mula ada masa buka penutup gelung ni. tak tahulah samada labah ni bahaya atau tidak pada cacing..kena buka nota balik untuk check..

projek ini masih lagi bersifat eksperimental..jadi banyak yang perlu dipelajari..


gelung disapu minyak hitam untuk elak serangga masuk

Saturday, November 1, 2008

Sekapur sirih

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua pengunjung-pengunjung yang mengunjungi blog baru ini. Ianya khas untuk projek baru kami iaitu penternakan cacing (vermikultur) dan penghasilan kompos (vermikultur).

Blog ini dibuat untuk mengisahkan projek baru cacing kompos kami yang baru bermula..Mudah kata, ianya mengisahkan satu lagi usaha serius kami menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian khususnya cacing kompos. Selain ini kami juga menjalankan bisnis cendawan tiram kelabu yang diusahakan hampir dua tahun dan turut mempunyai blog mycendawan.blogspot.com Moga-moga usaha kami ini dipermudahkan Nya dan berjaya hendaknya. Insya Allah.

Minat untuk menceburi projek cacing kompos ini muncul setelah sekian lama mendengar sisa bongkah cendawan boleh digunakan untuk projek cacing kompos. Ini merupakan satu potensi baru kerana sebelum ini kami hanya membuang begitu saja sisa-sisa bongkah cendawan yang tidak lagi produktif atau berpenyakit.

Lanjutan dari itu salah seorang dari kami telah menghadiri kursus asas ternakan cacing kompos pada 21 Jun 2008 anjuran Persatuan Peniaga & Usahawan Melayu Malaysia (PPUMM) di Sitiawan, Perak. Tetapi oleh kerana kesibukan kerja harian dan menguruskan projek bisnis sediada cendawan tiram kelabu, hanya akhir bulan Julai 08 baru kami mulakan secara fizikal. Manakala baru-baru ini, saya dapat meluangkan masa untuk melawat projek seorang pengusaha cacing kompos di Sg Siput, Perak. Banyak yang dapat dipelajari darinya.

Projek baru ini bertempat di Kg. Banjar di Air Tawar, Perak (lebih kurang 10km ke Sitiawan dan 70km ke Ipoh) ditempat yang sama projek cendawan tiram kelabu kami. Akhirnya semalam Sabtu 01 November 2008 saya berjaya dapat sekilo cacing kompos dan terus dibawa balik ke tapak projek cacing kompos yang terletak berhampiran dengan ladang cendawan kami. Dengan ini secara rasminya bermulalah projek cacing kompos kami secara kecil-kecilan dahulu.


27 Julai 2008: Hari pertama kerja fizikal untuk projek cacing kompos..lalang liar dikumpul dan dimasukkan dalam gelung2 untuk direndam supaya proses pereputan dapat berlaku. Langkah pertama akhirnya telah pun bermula..

01 Nov 2008: Memasukkan cacing kompos ke dalam gelung berisi media pengkomposan bagi pembiakan cacing dan penghasilan kompos

Kami masih baru lagi dalam bidang ini, jadi masih banyak kekurangan yang perlu dipelajari. Oleh yang demikian sesiapa yang sudi menyumbangkan idea/nasihat yang berguna amat dihargai. Pada yang baru menceburi kita sama-sama belajar bertukar pengalaman agar manfaatnya boleh dikongsi bersama.